elle's FotoPage - one day at a time

By: elle labelle

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Jul-2011 10:17 Email | Share | Bookmark
Mod bayar hutang

 
Lama tak puasa.... memang pancit sungguh... tapi mengenangkan hutang ku kepada Nya, nak tak nak wajib kena buat! Itu adalah tanggungjawab aku menggantikan puasa yang telah ditinggalkan semasa Ramadhan lalu.. Tapi nasfunya - ya rabbi... lelebih lagi aku gatai pegi tengok website resepi.. apa lagi!! SABAR!!!

Ramadhan bakal mendatang tak lama lagi.. surau di kawasan kejiranan rumah dah nampak macam nak siap.. mintak-mintak lah sempat buat tarawikh kat situ.. tersa keseronokannya... masa ni la juga boleh berkenalan dengan jiran-jiran dari kawasan sekitar... Memang perkumpulan jiran amat-amat diperlukan di kawasan 'bandar' ni... masing-masing sibuk kerja, balik rumah masuk terus.. kadang-kadang weekend, memang urusan peribadi di sana-sini - mana la nak beramah mesra dengan jiran... Bibik lebih kenal jiran dan anak-anak jiran! Macam man ni!!!



update 24 Julai 2011:

Surau dah siap secara fizikalnya, pagi ni ada gotong royong membersihkan kawasan surau dan beramah mesra dengan jiran-jiran yang sudi hadir pada majlis pot-luck gotong royong surau ni...
Yang tinggal finishing touch je - karpet dalaman, sejadah, telekung, dan bahan-bahan bacaan...
aku harapkan, ramadhan kali ni, banyak lah dapat kami sekeluarga spend kat sini!!



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net