Want your
own Fotopage?







 
elle's FotoPage - one day at a time

By: elle labelle

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Oct-2009 07:35 Email | Share | Bookmark
Cerita Raya 2

Raya ke 5 kami pergi berjalan-jalan kat Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Plan asal nak bertolak pagi, tapi kol 12 baru bergerak dari rumah. Memang elok benor le tu matahari tegak atas kepala!

Lokasinya bersebelahan dengan airport, so, senang sangat nak cari... Asal nak pegi sini Along tengok siaran Syoknya Malaysia yang ditayangkan petang-petang masa bulan puasa lepas.. TK teramatlah terkenalnya dengan Sotong / Ikan / Udang / Ketam celup tepung. Memang fresh, lazat (dan berkhasiat!!) serta dengan harga yang berpatutan. Sepinggan RM5, kalau udang - besar2 dalam 5 - 6 ekor sepinggan. Bagi sotong pulak, penuh sepinggan sotong yang telah siap dihiris2 nipis.. ketam masa tu takde, so, kitaorang bedal udang dan sotong je la... Akhir sekali - pak supir ku kena bayar RM60++







Lepas pegi Teluk Ketapang, kitaorang bergerak ke Taman Tamadun Islam. Boleh tahan jugak la jem hari tu. Orang dah start nak balik ke rumah masing-masing, ada yang nak pegi beraya. Kitaorang pun tersumbat sekali.. Agak-agak dah sesat dalam kesesakan lalu lintas tu, terjumpa pulak "jalan yang benar"... alhamdulilah!

Di TTI, tiket masuk RM10 sorang, kanak-kanak 7 - 12 tahun kena RM5... oleh kerana cuaca teramatlah teriknya, beli lagi tiket untuk naik tram dengan harga RM3 utk dewasa sahaja...(er Haikal den kata baru 6 tahun!! Aci tak...??)
Kitaorang tak de mood sangat masa kat sini, sebab PANASS!! Just naik tram, amik gambar 3 - 4 ketul (tapi bila tengok balik banyak la jugak!! ) then semua orang mintak air-air-air... macamkat padang masyhar la pulak...


di dalam TTI


TTI ni betul-betul tepi Sungai Terengganu... kalau redup sure nyaman berjalan2 tepi sungai...


menunggu tram tengah panas lepas 'turun' kat Taj Mahal


Dah habis tour.. Ada orang dah boringgg...


Lepas tu semua orang terkam masuk cafe yang berhawa dingggiiiinnn dan ada adir sejuk dan aiskerim!!!

Then, lepas TTI, singgah pulak kat Muzium Negeri Terengganu.. sebab actuallynya TTI dan Muzium Negeri lokasinya kira sebelah-sebelah je... masa ni budak2 dah muka monyok, penat dah masing-masing.. dah ajak balik dah... tapi memandangkan kalau lain hari travel 2 jam semata nak pegi kat sini rasa cam rugi la pulak... den heret jugak budak2 keluar jap. Along pulak excited tengok architecture muzium ty yang sungguh tersergam indah...

Lastly, sebelum balik, singgah rumah Kuna... ni pun mencari dalam "gelap".. sebab susah betul nak contact Kuna hari tu.. dapat mesej yang awal-awal je... rupa-rupanya server Celcom down! Aduhh... nasib baik jumpa jugak akhirnyaaa.....

Balik malam tu, Khadija terus demam... kesian dia..






muka-muka dah boring


rumah Kuna


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.