 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
elle's FotoPage - one day at a time
 By: elle labelle
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 23-Aug-2009 16:11 |
Email | Share | Bookmark |
|
Cerita 2 hari Ramadhan
|
|
Selamat Berpuasa Kepada semua rakan-rakan dan pembaca fp saya yang tak seberapa ni... Semoga Ramadhan ini kita lebih bersabar dan lebihkan beribadat... Moga diberkati oleh Nya.
Sempena bulan Ramadhan ni, tak dapat tidak - sememangnya membuak-buak nafsu... kalau pegi pasar ramadhan tu, memang tewass... Ramadhan kali ni, seperti 2 tahun sebelumnya, berazam tak nak beli apa2 untuk berbuka, homemade all the way... Tahun lepas, alhamdulillah, 100 peratus home made.. JIMAT!! Siap pegi berbuka kat masjid lagi.. memang kedekut betoi! Hehehe
Tapi tahun ni, 2 hari puasa, dah 2 kali pegi pasar Ramadhan kat Presint 2 tu Tapi kali ni pegi sebab nk "amik hati" orang yang baru belajar puasa.. Kecian, lembik... tapi memang dapat privilage habis-habisan le.. Lebih-lebih lagi sekarang cuti sekolah... Internet game dari lepas sahur sampai dia sendiri penat (selalu limit 1 1/2 jam je )... lepas tu boleh tengok TV katun ke CD power rangers ke sampai le dia tak larat.. Adik tak boleh kacau... Adik kalau nk makan, makan kat bawah, tak boleh bawak naik atas...
Tapi hari ni, kesian sungguh, jam 5 dia mintak makan. Then jam 7.00 pun dia mintak berbuka lagi.. "kita rasa macam nak muntah la.." "Alahai, sayang la Haikal, lagi setengah jam je lagi. Abang sabar laa... sikit je lagi......" Memang hati kena keras melatih anak-anak nak puasa ni. Tapi time berbuka, lepas jamah kurma, dia terus capai air grape sejuk dah siap-siap buat setengah gelas, tapi lepas tu terus sakit perut. Kesian sungguh, perut dia dah masuk angin, memang dia tak lalu makan.... sampai sudah, minum n makan skit sangat je, dia kata sakit perut. Lepas muntah pun, masih tak lega lagi. Alahai... tak dapat la nak puasa besok, dia pun awal-awal dah mintak excuse "kita tak payah la puasa besok ya ibu..." Ok la abang, besok berehat je, lusa kita puasa lagi yaa..... At least dah dapat 2 hari penuh..
Ok, nak cerita pasal puding pulak. Aku memang hantu puding (hehehe, macam lanjutan dari entry yang sebelumnya jer ) Semalam masa kat Pasar Ramadhan jumpa Puding Buih yang sungguh enak sekali... tapi hari ni dah tak jumpa pulak kedai kakak tu.. Mungkin ramai sangat orang atau memang aku yang tak jumpa cari.. So, untuk menghilangkan rasa gundah gulana, telah ku jumpai resepi ini dah besok nak buatttt.....
Jom buat ramai-ramai nak? Here's the resepi:
Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )
• 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
• 1.75 liter air
• 9 sudu besar gula
• 1 helai daun pandan ~ disimpul
• 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
• 1 tin fruit cocktail ~ optional
• pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
• UTK KUAH
• 1 tin susu cair
• 2 tin air (guna tin susu cair)
• 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
• 2 sudu besar tepung kastard
• 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
• 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
• 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
4. UTK MEMBUAT KUAH:
5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
7. **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..
- Courtesy of nor_67@myresipi.com -
GOOD LUCK!!
p/s: pastikan telur berada dlm suhu bilik.. kalau tak, sampai sudah pukul tak nak kembang.. den dah terkena dah!!
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|