Want your
own Fotopage?







 
elle's FotoPage - one day at a time

By: elle labelle

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Aug-2009 03:51 Email | Share | Bookmark
Laman Kecil ku

Kalau orang putih, dipanggil backyard - tempat tanaman segala jenis ramuan, tempat jamuan dan makan bagai.. Tapi kat Putrajaya ni, backyard jadi frontyard, dan front jadi back... apa-apa pun, yang kat dapur tu biasanya kitaorang panggil "belakang" dan yang kat ruang tamu tu kitaorang panggil "depan".. tu pun selalu terbalik time budak-budak cari selipar... tuuuu....kat depan tuuuuuu...... tah mana-mana diaorang cari...

Entry kali ni nak cerita pasal my frontyard - atau kawasan kat depan rumah... Sini la tempat kitaorang bercucuk tanam.. Sama ada yang boleh di makan atau tidak hehehehe...Ada pokok lada, roselle, lidah buaya, bunga kantan...


yang daun besar tu actually pokok bunga. Yang kecik lagi tu pokok roselle. Yang kat hujung tu pokok lada.

Pokok heliconia along pun dah bagak.. ni menjadi pelindung dari sinar mentari yang terik.. tapi macam mengganggu laman jiran sebelah pulak... pokok heliconia ni, dia macam ubi, bila kita potong dahannya dari atas, rupanya akar dia menjalar lebih jauh lagi.. tau-tau dah masuk kawasan orang... kena gali dalam-dalam dan buang ubi baru la jadi....


merimbun daun heliconia. Bawah pokok tu dalam pasu pokok lidahbuaya, lada, kaktus, pakis dll

Pokok besar pun ada - tapi ni tanam kat tanah awam - lepas dari pagar depan nun.. Setakat ni ada 3 pohon mangga, 2 pisang (satu macam bantut, satu lagi macam hidup segan mati tak mahu) dan ada sepohon ciku... yang kat situ tu, kira redha jer la, kalau mat bangla mesin rumput terpotong ker, atau orang perbadanan putrajaya soh potong ker apa (jangan diaorang saman sudah) sebab tu di luar kawasan rumah...


tak nampak sangat - malas nk kuar rumah snap dekat-dekat, dah tghari panas taoo

Sekarang pagi-pagi (dah nak masuk 3 pagi dan petang..) den menggunting rumput karpet.. subur benar sejak menjak di siram dengan baja urea.. tapi tak cun.. sebab dia tumbuh tak sama tinggi... huduss.. tebal semacam jek.. so, den gunteng manual ler.. sampai cedera tangan ku.. tapi puas hati punya pasal, ku lupakan derita ini!


Belah sini dah siap trim..


Sebelah lagi - Half way - sambung petang ni / besok.. penat mencangkung daaa


Tebal tak cantik noo... macam berbukit bukau pulak.. huduhhhs...




yang kecil yang melecet..sakit, tapi best - puas hati nengok laman ku lapang


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.