elle's FotoPage - one day at a time

By: elle labelle

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 5-Aug-2009 08:47 Email | Share | | Bookmark
Hantu

Hantu memang sentiasa di sekeliling rumah den.. dari dulu, masa den kecik, sampai la besar, sampai la ke anak (dan mungkin hingga ke cucu cicit)..

1. Hantu Kopek
Rupanya:
Punyai kopek yang panjang sampai ke tanah, besar dan berlipat2, rambut panjang mengurai dan terbang di awangan.
Bila dia datang:
Hantu ni datangnya time-time maghrib, cari budak2 di taman yang masih bermain-main... yang masih belum pulang ke rumah..
Implikasi:
Dia akan ambil budak yang masih main, di sorokkan di bawah kopeknya, dan mak bapak budak tu tak akan jumpa lagi dah budak tu, sebab di larikan oleh hantu kopek ke dalam hutan....
Penyelesaian:
Kena balik rumah sebelum langit gelap, sebelum maghrib. Barulah Hantu Kopek tak ambik.

2. Hantu Jerit
Rupanya:
Punyai mulut yang besar, sebab dulu dia adalah seorang budak yang suka menjerit.. mulut Hantu Jerit ni dah besar sampai ke tanah... tak boleh tutup. Lalat, cicak, lipas, tikus semua masuk dalam mulut dia.. mulut dia busuk sangat, ada ulat, ada kuman...
Bila dia datang:
Hantu Jerit akan datang ke rumah budak yang suka jerit-jerit (cthnya dia mengamuk, bergaduh, marah etc..). Dia akan mengintai kot pintu sapa yang menjerit, lepas tu dia akan tiup kot tingkap rumah tu pada budak yang menjerit tu.
Implikasi:
Mulut budak tu akan menjadi semakin besar. Kalau dia menjerit lagi, mulut dia makin besar. Lama-lama mulut dia dah tak dapat tutup, dan lalat, cicak, tikus, lipas semua akan masuk dalam mulut dia... Lama kelamaan dia akan bertukar menjadi Hantu Jerit, dan dia akan keluar rumah dan pegi duduk dalam hutan, sebab dia dah tak boleh duduk dalam rumah sebab mulut dia jadi busuk sangat.. Mak ayah dia dah tak boleh tolong sebab budak tu dah bertukar jadi Hantu Jerit.
Penyelesaian:
Kalau nangis, marah, mengamuk, tak boleh jerit kuat-kuat, sebab takut Hantu Jerit dengar dan datang intai kot pintu dan tiup budak yang tengah jerit tu... Kena cepat-cepat diam Hantu Jerit pun tak dapat cari rumah.

3. Anak Hantu
Rupanya:
Rambut kusut masai, badan busuk, gigi busuk, selekeh...
Bila dia datang:
Dia akan datang cari budak yang tak nak mandi, gosok gigi, badan busuk.. Kalau lepas mandi tak nak sikat rambut pun dia cari jugak.
Implikasi:
Budak tu akan diambil sebab dia ingat anak dia.. sebab anak hantu ni busuk dan rambut kusut tak bersikat. Dia akan ambil budak ni dan bawa lari ke atas pokok. Mak bapak budak takkan sempat nak kejar sebab hantu tu boleh terbang tinggi..
Penyelesaian:
Kalau dah balik main, kena mandi, gosok gigi, Lepas mandi kena sikat rambut, baru la tak serupa dengan anak hantu. Jadi la anak ibu dan anak abah....


Monday, 3-Aug-2009 03:51 Email | Share | | Bookmark
Laman Kecil ku

Kalau orang putih, dipanggil backyard - tempat tanaman segala jenis ramuan, tempat jamuan dan makan bagai.. Tapi kat Putrajaya ni, backyard jadi frontyard, dan front jadi back... apa-apa pun, yang kat dapur tu biasanya kitaorang panggil "belakang" dan yang kat ruang tamu tu kitaorang panggil "depan".. tu pun selalu terbalik time budak-budak cari selipar... tuuuu....kat depan tuuuuuu...... tah mana-mana diaorang cari...

Entry kali ni nak cerita pasal my frontyard - atau kawasan kat depan rumah... Sini la tempat kitaorang bercucuk tanam.. Sama ada yang boleh di makan atau tidak hehehehe...Ada pokok lada, roselle, lidah buaya, bunga kantan...


yang daun besar tu actually pokok bunga. Yang kecik lagi tu pokok roselle. Yang kat hujung tu pokok lada.

Pokok heliconia along pun dah bagak.. ni menjadi pelindung dari sinar mentari yang terik.. tapi macam mengganggu laman jiran sebelah pulak... pokok heliconia ni, dia macam ubi, bila kita potong dahannya dari atas, rupanya akar dia menjalar lebih jauh lagi.. tau-tau dah masuk kawasan orang... kena gali dalam-dalam dan buang ubi baru la jadi....


merimbun daun heliconia. Bawah pokok tu dalam pasu pokok lidahbuaya, lada, kaktus, pakis dll

Pokok besar pun ada - tapi ni tanam kat tanah awam - lepas dari pagar depan nun.. Setakat ni ada 3 pohon mangga, 2 pisang (satu macam bantut, satu lagi macam hidup segan mati tak mahu) dan ada sepohon ciku... yang kat situ tu, kira redha jer la, kalau mat bangla mesin rumput terpotong ker, atau orang perbadanan putrajaya soh potong ker apa (jangan diaorang saman sudah) sebab tu di luar kawasan rumah...


tak nampak sangat - malas nk kuar rumah snap dekat-dekat, dah tghari panas taoo

Sekarang pagi-pagi (dah nak masuk 3 pagi dan petang..) den menggunting rumput karpet.. subur benar sejak menjak di siram dengan baja urea.. tapi tak cun.. sebab dia tumbuh tak sama tinggi... huduss.. tebal semacam jek.. so, den gunteng manual ler.. sampai cedera tangan ku.. tapi puas hati punya pasal, ku lupakan derita ini!


Belah sini dah siap trim..


Sebelah lagi - Half way - sambung petang ni / besok.. penat mencangkung daaa


Tebal tak cantik noo... macam berbukit bukau pulak.. huduhhhs...




yang kecil yang melecet..sakit, tapi best - puas hati nengok laman ku lapang


Monday, 20-Jul-2009 14:15 Email | Share | | Bookmark
Klip yang belum bertuan....

Sepasang pun boleh, satu unit pun boleh..
Klip hitam (2 unit) & cream. Sepasang atau satu unit..
Satu unit klip hitam.. sungguh menawan..
Baru siap... ala-ala fresh from the oven gitu... masih belum bertuan.. sapa-sapa berkenan boleh email gue, ok!!



Monday, 20-Jul-2009 10:01 Email | Share | | Bookmark
Apple Cinnamon Cake

 
Minggu lepas bizi benor buat kek... tengah semangat... dan untuk pertama kalinya, buat fast sale kek.. hehehe... sempena jiran sebelah mengoder, maka ada barang lebih ku buat la "fast sale". Alhamdulillah, rakan-rakan yang baik hari (dan kecian) memberi sokongan sepenuhnya! Hehehheee.....


Wednesday, 15-Jul-2009 09:57 Email | Share | | Bookmark
Introducing - Kiut Klip

Tiba-tiba je - something I did for the girls became interesting to my friends, then the friends' friends and then before I knew it - I had 'orders' for 14 hair clips!! Suka je sebab dapat nambah - ehem - pocket money, tapi kerja-kerja menjahit, menyimpul memang merenyahkan!! Belum dikira bab benang bersimpul lagi tu......! Talk about untangling the tangled thread!!

Urgghh! I felt like increasing the price to RM10 per piece - for the time it takes me to untangle the threads! Hehe... Of course, with that price it won't give me anymore interested friends, kan Tapi, I really enjoy doing it - rasa happy bila dapat hasilkan something as kiut as my klip!

Thanks to Along too, (my very own graphic designer ) - I had a logo and a title for the hair clips creation - which we thought out together - Kiut Klip. Hehehe... macam kelakar jugak tapi bunyinya memang kiut...

Sejak dari tu, den dah menambah koleksi tempahan.. especially customized clips.. Memang berzaman nak siapkan.. sabar je laa... satu tu boleh ambik masa dalam 3 jam.. sebab kalau tak cantik, gue memang akan lerai dan buat semula....

Well - these are the clips that I have managed to make so far... comel kan!!!


Kiut Klip


A pair of pink and a pair of red clips for Firdina - thanks mama Firdina!


A pair of red number for Hawa.. Thanks Hawa!


A pair of pink clips for Qistina - thanks mama Qistina!


Mekacih CikNo, tempahan utk Khadeeja


Thanks Mama Izzati, Mama Hana (Mas), Mama Hani (Kak Rozi) for the order..


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net