elle's FotoPage - one day at a time

By: elle labelle

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Sunday, 25-Oct-2009 13:17 Email | Share | | Bookmark
Last Open House

Semalam we all ke Tmn Berjaya , Shah Alam, sempena "Open House" yang dah terlajak skitt dari bulan Syawal.. ... tapi sebab seronok jumpa member-member kat Facebook yang dah lama tak bersua mata sejak meninggalkan bangku sekolah, si Fazlina pun mengofferkan diri jadi tuan rumah menjemput kengkawan ke rumahnya di Shah Alam... sambil dia pun menjamu selera sanak saudaranya ke rumah barunyaa...

Punya la seronok nak ke sana, jam 2.30 petang dah sampai.. Kitaorang pulak jadi antara orang yang pertama sampai.. apa lagi, laju je la mengayuh juadah yang telah tersedia.. pulut durian, roti jala, laksa terengganu, nasi, semua kitaorang bedal.. Punya la banyak makan.. ee.. pelahap betol.... Tunggu punya tunggu, sampai jam 3.30 pun tak nampak kelibat kengkawan yang lain pun..... Apara diaorang ni.. iya-iya je janji hampagassss.... Den dah penat asyik makan je... Nyambil menunggu tu, sempat la meninjau rumah Fazlina... Cantik susun aturnya.. pandai Fazlina membeli dan meletak barang-barang.. Suka je tengok... Nak interbiu Fazlina bebanyak pun dia punya la bizi melayan saudara maranya... ni kena buat appointment datang lain kali ni nampaknya!!!
At last, dalam kol 4 gitu, baru la Mek Teh sampai... Tapi masa tu kitaorang dah nak balik sebab ada jemputan kat Putrajaya pulak...

Thanks Fazlina, for all the food and good time!!


cantik rumah Fazlina - Khadija dan Sofea


muka kekenyangan + kemengantukan + kepenatan menunggu geng


aku dah nk balik baru le sampai cik kak-cik kak ni...Emi, Paula, Teh LT, Fazlina


Friday, 16-Oct-2009 04:11 Email | Share | | Bookmark
Buku Kak Liza

 
 
Sapa tak kenal Kak Liza - chef tersohor di arena siber.. Seseorang yang tak pernah kedekut untuk berkongsi resepi, tips dan petua masakan.. Aku banyak belajar memasak dari Kak Liza, Restoren Pak Amir dan Resepi.net... Heheheheee.... Iyer la, resepi kat situ semua "tested" dan "proven" dan sesiapa yang mencubanya masing-masing memberikan komen tersendiri. Aku sukaaaaaaaa sangat!

Kalau ikut resepi dari buku-buku yang di jual kat kedai tu, rasa macam "rigid" bebenor... 100 persen ikut cara dan bahan dari pengarang buku tu.. tapi setelah mengenali Kak Liza, Pak Amir dan Resepi.net.. takat Laksa Johor tu - hmm... dah meletooppp tarafnya!

Buku ni jumpa masa jalan-jalan kat Times kat Alamanda... Harga RM5.50. Ada banyak lagi!! Nantila, den nak buat koleksi resepi kak liza ni... senang... nak masak je, proper skit ada buku, nampak professional skit .. kalau tak, mmg den wat kuar FAIL RESEPI.. hehee.. ada yang print out, ada yang bertulis tangan.. belek satu-satu sampai jumpa resepi yang dikehendaki!!


Friday, 9-Oct-2009 07:35 Email | Share | | Bookmark
Cerita Raya 2

Raya ke 5 kami pergi berjalan-jalan kat Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Plan asal nak bertolak pagi, tapi kol 12 baru bergerak dari rumah. Memang elok benor le tu matahari tegak atas kepala!

Lokasinya bersebelahan dengan airport, so, senang sangat nak cari... Asal nak pegi sini Along tengok siaran Syoknya Malaysia yang ditayangkan petang-petang masa bulan puasa lepas.. TK teramatlah terkenalnya dengan Sotong / Ikan / Udang / Ketam celup tepung. Memang fresh, lazat (dan berkhasiat!!) serta dengan harga yang berpatutan. Sepinggan RM5, kalau udang - besar2 dalam 5 - 6 ekor sepinggan. Bagi sotong pulak, penuh sepinggan sotong yang telah siap dihiris2 nipis.. ketam masa tu takde, so, kitaorang bedal udang dan sotong je la... Akhir sekali - pak supir ku kena bayar RM60++







Lepas pegi Teluk Ketapang, kitaorang bergerak ke Taman Tamadun Islam. Boleh tahan jugak la jem hari tu. Orang dah start nak balik ke rumah masing-masing, ada yang nak pegi beraya. Kitaorang pun tersumbat sekali.. Agak-agak dah sesat dalam kesesakan lalu lintas tu, terjumpa pulak "jalan yang benar"... alhamdulilah!

Di TTI, tiket masuk RM10 sorang, kanak-kanak 7 - 12 tahun kena RM5... oleh kerana cuaca teramatlah teriknya, beli lagi tiket untuk naik tram dengan harga RM3 utk dewasa sahaja...(er Haikal den kata baru 6 tahun!! Aci tak...??)
Kitaorang tak de mood sangat masa kat sini, sebab PANASS!! Just naik tram, amik gambar 3 - 4 ketul (tapi bila tengok balik banyak la jugak!! ) then semua orang mintak air-air-air... macamkat padang masyhar la pulak...


di dalam TTI


TTI ni betul-betul tepi Sungai Terengganu... kalau redup sure nyaman berjalan2 tepi sungai...


menunggu tram tengah panas lepas 'turun' kat Taj Mahal


Dah habis tour.. Ada orang dah boringgg...


Lepas tu semua orang terkam masuk cafe yang berhawa dingggiiiinnn dan ada adir sejuk dan aiskerim!!!

Then, lepas TTI, singgah pulak kat Muzium Negeri Terengganu.. sebab actuallynya TTI dan Muzium Negeri lokasinya kira sebelah-sebelah je... masa ni budak2 dah muka monyok, penat dah masing-masing.. dah ajak balik dah... tapi memandangkan kalau lain hari travel 2 jam semata nak pegi kat sini rasa cam rugi la pulak... den heret jugak budak2 keluar jap. Along pulak excited tengok architecture muzium ty yang sungguh tersergam indah...

Lastly, sebelum balik, singgah rumah Kuna... ni pun mencari dalam "gelap".. sebab susah betul nak contact Kuna hari tu.. dapat mesej yang awal-awal je... rupa-rupanya server Celcom down! Aduhh... nasib baik jumpa jugak akhirnyaaa.....

Balik malam tu, Khadija terus demam... kesian dia..






muka-muka dah boring


rumah Kuna


Monday, 28-Sep-2009 08:05 Email | Share | | Bookmark
Cerita Raya 1

Salam hari raya buat semua... masih dalam mood beraya kan... Sori lama tak update FP.. tak dak cerita yang sensasi untuk di story kan... Cerita raya ni, walaupun tak sensasi tapi
boleh la di masukkan dalam fp kan

Tahun ni, turn beraya kat sebelah family Along kat senawang... petang lepas jumaat dah balik, tu pun jalan dah start slow... kalau balik hari sabtu tatau la camne sosaknya jalanrayo tu.. Meriah skit raya tahun ni Pak Ngah dan Mak Ngah dapat balik.. kalo tak, kecian omak dan abah, beraya dengan kitaorang je la, bila kitaorang balik dah sunyi rumah....

As usual, kalo raya kat sana, memang raya betoi-betoi.. dari pagi kuar, kol 11 baru balik rumah.. pheeww Tapi budak2 ni seronot la mengumpul duit raya.. kitaorang pun seronot jugak takyah risau dengan acara menghidang n mencuci piring hitam!


kat kl-seremban highway... baik betul Haikal siap riba dua orang adik yang mengantuk..


Anak omak berduo ni ajoo....


Family photo for safekeeping


Ehem, macam ada orang mintak 2nd round je! Hehehee.....


Petang raya ke-2 tu kitaorang balik ke Putrajaya, berehat, mencuci apa-apa yang patut n berehat.. Tapi idok jugak tido awal malam tu semua orang layan Cicakman2.. hehehe... at last kol 4 pagi baru bertolak ke Besut..
Isy isy isy.. keta memang boleh tahan banyak, especially hala ke pagi tu. at last kol 12 sampai le ke Kg Raja.. alahai.. penat nyaa.... Cian pak supir ku..

Kita layanz gambo je la yek.. pictures worth more than words..


gambor 4 beranak sepupu ni.. Haikal baru lepas kena marah.. muka masyam je


Gambar malam last.. ni je gambar raya kat Besut.. huhu..


Gambar dengan bonda.. dia soh orang kepit tak nak bagi nampak baju tido yang dia malas tukar.. hahahaa!


Acara yang sememangnya manjadi igauan cucu-cucu Omak.. hehehe.. kalau kat Seremban ni memang di HARAMkan sama sekali... Kat Besut Tok Ma n Tok Yah ok jer!! Kikikikkk... kalau la omak tau...... !!!!


melihat ledakan mercun tembak..


Haikal n Sofea je main, Khadija penakut...


Supplier..


Kitaorang ada gak pegi makan angin area Kuala Terengganu... ke Teluk Ketapang makan udang n sotong celup tepung, ke Tmn Tamadun Islam n Muzium Negeri Terengganu... Panas terikkkkk hari tu.. Khadija terus demam esoknya!! Gambo2 nanti gue upload next entry...


Sunday, 23-Aug-2009 16:11 Email | Share | | Bookmark
Cerita 2 hari Ramadhan

Selamat Berpuasa Kepada semua rakan-rakan dan pembaca fp saya yang tak seberapa ni... Semoga Ramadhan ini kita lebih bersabar dan lebihkan beribadat... Moga diberkati oleh Nya.

Sempena bulan Ramadhan ni, tak dapat tidak - sememangnya membuak-buak nafsu... kalau pegi pasar ramadhan tu, memang tewass... Ramadhan kali ni, seperti 2 tahun sebelumnya, berazam tak nak beli apa2 untuk berbuka, homemade all the way... Tahun lepas, alhamdulillah, 100 peratus home made.. JIMAT!! Siap pegi berbuka kat masjid lagi.. memang kedekut betoi! Hehehe

Tapi tahun ni, 2 hari puasa, dah 2 kali pegi pasar Ramadhan kat Presint 2 tu Tapi kali ni pegi sebab nk "amik hati" orang yang baru belajar puasa.. Kecian, lembik... tapi memang dapat privilage habis-habisan le.. Lebih-lebih lagi sekarang cuti sekolah... Internet game dari lepas sahur sampai dia sendiri penat (selalu limit 1 1/2 jam je )... lepas tu boleh tengok TV katun ke CD power rangers ke sampai le dia tak larat.. Adik tak boleh kacau... Adik kalau nk makan, makan kat bawah, tak boleh bawak naik atas...

Tapi hari ni, kesian sungguh, jam 5 dia mintak makan. Then jam 7.00 pun dia mintak berbuka lagi.. "kita rasa macam nak muntah la.." "Alahai, sayang la Haikal, lagi setengah jam je lagi. Abang sabar laa... sikit je lagi......" Memang hati kena keras melatih anak-anak nak puasa ni. Tapi time berbuka, lepas jamah kurma, dia terus capai air grape sejuk dah siap-siap buat setengah gelas, tapi lepas tu terus sakit perut. Kesian sungguh, perut dia dah masuk angin, memang dia tak lalu makan.... sampai sudah, minum n makan skit sangat je, dia kata sakit perut. Lepas muntah pun, masih tak lega lagi. Alahai... tak dapat la nak puasa besok, dia pun awal-awal dah mintak excuse "kita tak payah la puasa besok ya ibu..." Ok la abang, besok berehat je, lusa kita puasa lagi yaa..... At least dah dapat 2 hari penuh..

Ok, nak cerita pasal puding pulak. Aku memang hantu puding (hehehe, macam lanjutan dari entry yang sebelumnya jer ) Semalam masa kat Pasar Ramadhan jumpa Puding Buih yang sungguh enak sekali... tapi hari ni dah tak jumpa pulak kedai kakak tu.. Mungkin ramai sangat orang atau memang aku yang tak jumpa cari.. So, untuk menghilangkan rasa gundah gulana, telah ku jumpai resepi ini dah besok nak buatttt.....

Jom buat ramai-ramai nak? Here's the resepi:



Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )
• 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
• 1.75 liter air
• 9 sudu besar gula
• 1 helai daun pandan ~ disimpul
• 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
• 1 tin fruit cocktail ~ optional
• pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

• UTK KUAH
• 1 tin susu cair
• 2 tin air (guna tin susu cair)
• 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
• 2 sudu besar tepung kastard
• 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
• 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
• 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

4. UTK MEMBUAT KUAH:
5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
7. **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..

- Courtesy of nor_67@myresipi.com -


GOOD LUCK!!

p/s: pastikan telur berada dlm suhu bilik.. kalau tak, sampai sudah pukul tak nak kembang.. den dah terkena dah!!


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net