elle's FotoPage - one day at a time

By: elle labelle

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Thursday, 4-Dec-2008 16:41 Email | Share | | Bookmark
Kursus oh Kursus!



Setelah 2 minggu bertungkus lumus dengan kelas, pengucapan awam Bm dan English dan group presentation, akhirnya hari ni kami diuji sejauh mana kefahaman dan kemahiran menganalisis masalah dan membentuk strategi penyelesaian.. Perghhh!!

Ini lah kali pertama den kursus PTK sesibuk begini. Sepanjang 2 minggu - tk sempat nak tengok TV, tak sempat nak baca suratkhabar dan beramah mesra dengan anak-anak. Sampai rumah pun dah jam 8 malam (atau lebih!) dan selesai solat dan makan terus on PC cari bahan dan buat persediaan untuk pengucapan awam dalam 2 bahasa tu. Nk kena hafal lagi... aduh aduh.. ributt!!

Alhamdulillah, semuanya kembali normal sekarang... dan den berserah kepadaNya. Ku tunggu keputusan dengan penuh debaran


Monday, 24-Nov-2008 00:47 Email | Share | | Bookmark
Hari KOnSert sOfeA



Ahad 9 November merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh seisi keluarga kami - Hari Konsert Sofea... tiap-tiap hari balik dari sekolah mesti dia menari depan cermin - kononnya praktis la tu... alohaaa...ohalaa.... bergelek dan berpusing dan meliuk lentuk badannya... Kalau suruh menari, memang bukan main lagi melompat, sampai tak tahu last-last apa yang ditarikannya...
So, punya la exited ni nak tengok.... Tiba la part yang ditunggu-tunggu.... Bukan main lagi bergelek hawaiian style, berpusing badan - tapi bukan Sofea! Kawan-kawannya je... si Sofea ni tetiba bila dah di atas stage, orang ramai kat depan - terus kaku... terpacak, muka serius, tangan je bergolek2 skit... alahaiiiiiii.. sayangnyaa.... cikgu dia pun frustt!! Sayang sungguh.. ni adalah antara gambar-gambar masa di bilik persalinan.. masa persembahan tu kamera den kebetulan dah abih bateri!!





Thursday, 20-Nov-2008 01:18 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday oMak



Sempena birthday oMak 12 November yang lepas, we all pegi la belanja oMak makan-makan.. memula ingatkan nak pegi Penang House kat Alamanda, pas tu rasa sure ramai orang, sebab weekend. So, on the way nk g alamanda tu, ubah fikiran - ubah haluan.. instead of kornar kiri, terus je dan kornar naik bukit - makan kat atas bukit....

Kat situ cantik la.. tak ramai orang, in fact - we had the hall all to ourselves and budak-budak memang asyik berlari je la... sib baik tak de orang - kalo tak mau gak kena jeling... We all amik makan buffet, tapi tak banyak sangat pilihan... tapi memandangkan dah tiba, well - makan je la.. janji dapat belanja seisi keluarga sempena bday oMak...



Tuesday, 18-Nov-2008 13:29 Email | Share | | Bookmark
Sg Klah Hot Spring, Sungkai

8 November, we all pegi berkelah di Sg Kelah Hot Spring.. Pagi-pagi aku bangun, siapkan budak-budak, bibik dah siapkan bekal dan bertolak dalam jam 7.30 am. Rencananya nak bertolak jam 7 pagi, tapi drebarnya mogok tak boleh bangun time bila dikejut ... So, sampai sana dalam jam 9.45 pagi, matahari pun dah start pancarkan powernya ... dan kami tiba bersama-sama 3 buah bas yang lain!!!

Budak-budak suka sangat.. tak sabar-sabar nak mandi kat Kolam Sotong, tapi tengokkan kat situ ramai bebenor umat manusia, so start dengan kolam air panas la dulu... airnya dalam suam kuku je, tapi tak la sejuk... memang best... situ tak bergelumang dengan orang sangat.. dah puas mandi kat situ, beralih la pulak kat kolam sotong - atau kolam air gunung yang nan sejukkk.. grrr...

Kat kolam sotong, best... aku ada la pusing 5 kali naik gelongsor dengan Haikal.. hehehe..... memula bawak semua naik gelongsor, tapi budak-budak tu tersedak air masa 1st time slide, so diaorang serik... tinggal la along menjaga anak-anak manakala aku n haikal pegi main.. huhuuuuu...

OK, How to get there:
Lebuh raya PLUS menuju ke utara, exit di Sungkai. Dari Putrajaya ke Sungkai, tol kena RM20.60 sehala. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam (bawak 100 km/jam). Dari Sungkai - ikut je signboard, banyak dipacakkan di tepi jalan. Tiket masuk - RM10 dewasa dan RM8 kanak-kanak & baby pun kena tau..

What to bring:
Bawak air masak, air manis secukupnya. Juga tak lupa bekalan makanan seperti mi goreng, karipap, sandwich atau nasi goreng. Pelampung untuk kanak-kanak. Tikar utk makan/lepak/letak barang. Sunblock. Topi.

What to expect:
A lot of fun! Sunburn! Don't be suprised kalau TERjumpa "objek asing" dalam air.. with all kinds of people - it's the attitude problem!
And expect the lifeguard to work diligently!! Memang diaorang very watchful... tak kena skit, memang kena whistle! Priittt!!






Berendam jap kat anak sungai di perkampungan orang asli


Friday, 17-Oct-2008 16:52 Email | Share | | Bookmark
Suri rumah sepenuh masa - satu penghargaan!

Waduh.. penatnya jadi suri rumah sepenuh masa ni!!! Bila itu yang den utarakan pada sahabat taulan - haa, baru ko tau!! Itu la jawapan yang diberikah! Heheheheee... Memang tabik spring pada all the full time home managers ni. Den rasa itu lah yang paling layak dipanggil, bukan suri rumah - pengurus rumahtangga!

Alkisahnya - bibik balik cuti raya 2 minggu, last Sunday... 25 ni baru la balik semula! Maka sapa lagi yang menggantikan tempatnya kalau bukan bos nya..
Pepagi dah bangun kena siapkan breakfast utk Haikal, dalam 15 minit jugak la dok ding dong kat dapur ni. Then naik atas semula, sediakan air panas (mengada tak nak air sejuk baru la kejut Haikal.. Mandi n gosokkan gg (den tak percaya dia gosok sendiri) n siapkan untuk ke sekolah. Nyambil tu, kejut Pak Supir (yang ni liat sungguh, ngalahkan anak) dan put all the bekal in the bag. Pak Supir pun dah siap, Haikal pun dah minum milo, pegi la sekolahh... Tapi yang tak best tu dia tak nak makan pagi. Dari dulu lagi soh dia makan tak mau.. Kira ok la dia nak minum milo tu. End of 1st chapter.
2nd chapter - Sofea pulak. Cik mek ni memang tiap2 hari nangis, minta tangguh bangun - kakak nak tido lagiiiii.... So, adik yang ceria je bangun pagi n mintak nak mandi. Si mbam ni mandinya mesti air sejuk, melalak kalo mandikan air panas.... Heran den! Banyak lemak kot! Khadija pulak, jenis tak nak gosok gg... kalau den paksa pun, dia kemam mulut, tak dapat dah nak buat apa2.. gasak ko la Khadijaa... Khadija dah siap berbedak bersisir rapi (Mek ni memang dah standby nak ikut hantar kakak), baru la boleh kejut Sofea. Tu pun kena memujuk rayu berlembut lidah panggil sayang, meh kita bangun ya sayaannggg.. jom laaa.... at last, offer utk dukung ke toilet (yang jaraknya 3 langkah) baru la dia rela hari melepaskan bantal peluk busyuknya tuuu... Dah ready dua beradik, semua turun bawah, n masukkan bekal n air dalam beg Sofea pula (bekal sama jer dgn Haikal). By this time Pak Supirnya pun dah balik dari hantar Haikal n pekena roti canai kat mamak yang amat dicintai nya tu, off Sofea to the school.

By this time den pun dah kelam kabut. Sib baik kelas den lecturer tangguh lagi seminggu lepas cuti raya tu. Pas tu sibuk nak tengok resepi la pulak menu untuk hari itu. Tapi dari bibik pergi till today - belum lagi masak lauk.. heheee Hari pertama n kedua tu bibik dah siap seasonkan ayam n bekukan lauk singgang. So, den just goreng ayam, panaskan kuah singgang n goreng udang je la.. laku beb! Selain dari tu, den masak nasi goreng utk Along, spagettii for everybody n nasi minyak beserta ayam masak merah. Terima kasih la resepi dari Restoren Pak Amir yang den dah siap2 print dan failkan. Sedap nya ayam masak merah ibuuuu.. tak pedas pun.. hehehe sesekali kena puji dengan anak terangkat jugak.. belum lagi along puji tuu.. tapi pujian dari pihak tu kengkadang beralas sepuluh helai kain!! Membodek la katakan! Tapi Along ada gak offer utk ampai kain yang den dah siap mesin.. ok la, tu tugas yang di designated permanently to him! Offer lain sumer tak boleh pakai.. hampassss... offer nak basuhkan periuk, pinggan... sampai petang den tengok periuk tu tersengih kat dalam sinki..

Lebih kurang settel la bab breakfast/lunch utk the kids n bapaknya... Beginning of Chapter 3.. Time to pick up Haikal from school.. bab ni pun pening, the girls sure nak ikut tapi nya nak minum air dulu la jap, si Khadija nak shee-shee dulu la Den apa lagi, membebel la... sebab si abangnya tu tak boleh lambat skit.. mula la menangis! N dulu ada sekali terlambat 1/2 jam amik dia, den pegi dah takde kat sekolah!! Rupanya dia balik jalan kaki sorang2! Kecut perut ingatkan hal tu! Sib baik takde apa buruk yang berlaku...
Dah sampai rumah tu, biasala, lunch time for the kids.. Tiga-tiganya den suap.. bukan nya apa, den rasa lagi senang kalau suap diaorang makan. Memang confirm masuk mulut n tak dibuat main makanan tu.. n kurang bersepahnya!!! To cut long-long-long story short, lepas tu time tido, mandi petang, dinner n bed. In between tu - banyaknya ugutan-ugutan , bebelan , ngauman singa, dan kuasa untuk membeliakkan mata

As home managers, she has to do these things:
1. Fikirkan menu - bfast, lunch, dinner... pening woooo.... bukan setakat menu yang digemari, menjimatkan tapi juga berkhasiat.. kalo tak senang je tiap2 hari goreng sosej budak2 tu suka...
2. Make sure everybody is on time for everything... on time bangun pagi, pegi sekolah, pick up budak sekolah...pegi keja..
3. Pastikan "kedai-kedai" yang dibuka merata-rata rumah dikemas dan ditutup perniagaannya.... fuhh, memang banyak kedainya!! Ada bantal la, ada anak patungnya la, kertas, beg plastik, paper bag - just about anything they found on sight will be at their "kedai"
4. Check beg sekolah n homework... mana la tau wat balik menda2 pelik kee.. so far Sofea selalu wat balik sticker Barbie kawan dia.... beg along pun den check!!
5. Sebelum big bos balik, everything is in order... I just sumbat everyhing dalam laci!!
6. Diri sendiri juga terurus!! Hari pertama tu, jam 2 ptg baru sempat mandi!
7. DLL yang harus difikirkan dan diberikan tindakan segera semasa kejadian...

Tapi with all that - rasa puas hati sangat... The reason:
1. Rasa diri ini produktif
2. Makan budak2 terjaga... pagi, tghari n malam. Biasa la, mak garang macam singa, takut punya pasal, tak banyak, sikit pun makan! Makan bapaknya pun secara langsung terjaga.. hehehe, terpaksa gak mengaku Walaupun tiap2 hari nasi goreng aja...!
3. Kebersihan dan Kesihatan anak-anak terjaga (macam iklan kem. kesihatan jer) - in term of sharing of makanan n bekas... Sofea selsema, so far, dia sorang jer.. den cuba asingkan bekas minuman n makanannya... n puting susu khadija den memang rebus n ganyah sekuat hati....
4. Dan yang paling best - I lose weight!! Hahahaaa.. due to lack of sleep n berbagai aktiviti!!! Huhuuuuu

Memang marvelous kerjaya sebagai pengurus rumahtanggan ni, bukan senang... selama ni, den tak merasakan sepenuhnya tanggungjawab tu.. always ada bibik di belakang untuk membantu... kalau balik kerja dah penat, tak yah fikir pasal menu ka, dapuq bersepah ka, rumah berkulat kaa.. semuanya tu bibik bereskan.. sekarang - rasakan.... "Baru ko tahu" ayat yang paling bermaknaa...

Kesabaran, stamina, kreativiti adalah faktor-faktor yang paling penting untuk menempuhi hari demi hari. Dari pagi sampai malam, ada je benda kena kutip, sinki pulak tak pernah kosong, yang mengadu-domba dan bergaduh... Semuanya memerlukan perhatian... Aku rasa aku pun kengkadang tewas di ujian kesabaran... hari ni dah start melibas... Ujian stamina pun tak berapa gah...

To all Home Managers out there, be u a full time or part time HM - I salute u !! Dengan keilklasan menguruskan rumahtangga dan keluarga, semoga kebahagian dan ketenangan di limpahkan olehNya berterusan hingga ke akhir hayat... amin....


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net