elle's FotoPage - one day at a time

By: elle labelle

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Friday, 30-Jan-2009 16:58 Email | Share | | Bookmark
The Wonder Pets.. hahahaaaa



Apa yang penting?? KERJASAMA!!
Apa yang penting?? KERJASAMA!!

Sekarang ni kat rumah berebut-rebut - semua nak hak milik peribadi lagu wonderpets. Pening aku nk maintain keamanan di rantau ni... tapi sesungguhnya memang ianya amat berhantu! Aku sendiri pun suka nak nyanyi lagi tu!

Talifon - talifon berbunyi
Talifon - kami datang
Ada haiwan dalam bahaya di sana

WONDER PETS kami datang
membantu anak itik yang kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
bila bekerja sama semua jadi mudah
YEAHhhhhhhhhhhh WONDER PETS!

Apa yang penting?? (JANGAN NANGIS!! - version aku nyanyi utk khadija )

Ingat nak masukkan YouTube tapi pandai le pulak - dok jadi-jadi... hehe.. buat malu je
kalo tak best je nyanyi sesama kat sini.. tak de orang bergaduh!

http://www.youtube.com/watch?v=xxlWvE2U0nw


Monday, 29-Dec-2008 07:14 Email | Share | | Bookmark
Cameron Highlands





Kami sekeluarga berkampung kat rumah je sejak cuti krismas bermula Khamis lepas.. boringnya tak terkira.. so, pada hari Ahad, bila along kata - kita pegi cameron nak?? Wahh... seronotnya tak terkira - walaupun hanya balik hari.

Dalam jam 9 bertolak, jam 12.30 baru tiba di Simpang Pulai, lunch dulu. Bila naik Cameron, mak oii.. jam boleh tahan jugak... merangkak-rangkak sampai tak larat dah nak jawab "bila nak sampai ni, ibu?

Al last, dalam jam 3 petang - sampai la ke destinasi yang telah ditetapkan - Boh Plantations, Sungei Palas. Subhanallah, cantiknya pemandangan. Cuaca pun sejuk-segar dan nyaman sekali. Minum teh n makan roti kat situ je sambil enjoying serene views. On the way back, singgah Strawberry Farm kat Sungei Palas tu jugak.. lebih tinggi kena mendaki dari Boh Plantations tu.. suspen je bila takde langsung selisih dgn keta lain.. dalam hati dup dap dup dap betul ke tempat ni... tapi alhamdulillah - memang ada pun Strawberry farm tu, and we had the place all to ourselves!!! Takde berasak-asak dengan orang macam kat kebun-kebuh kat bawah sana.. besttt...

We had a wonderful time there!! Lain kali, insyallah nak pegi lagi, dan kena bawak khadija sekali... hopefully bila dia besar skit kurang la angin mengamuk dan melalak dia tu... baru la tak kena tinggal!!

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430H kepada semua yang mengunjungi fp den ni...


Wednesday, 24-Dec-2008 16:52 Email | Share | | Bookmark
Aku terkenang..

Maya, Yati n Me di KL Tower
Bila bertemu seorang kawan yang dah lama tak jumpa, akan mengembalikan banyak kenangan-kenangan silam yang lama tersimpan, tapi tak pernah dilupakan... bagi den, tiada kenangan duka... semua manis-manis belaka.. ataupun kerana aliran masa, kita semakin dewasa, segala yang pahit satu ketika dahulu, sudah hilang pahitnya... memberikan rasa yang begitu istimewa..

Sahabat dari zaman anak sekolah, di zaman universiti, tatkala bekerja, tatkala berkursus, semuanya bertempat di hati dan sanubari.

Terkenang sahabat lama n sahabat karib den dari sekolah rendah-menengah, tapi masing-masing mencapai impian masa depan mengikut haluan berbeza, tapi akhirnya tanpa di sangka bersatu kembali bila dia mengubah haluan kerjaya dari syarikat ke kerajaan, dan tinggal tak sampai 10km dari rumah den. Walaupun berlainan agama dan bangsa, dia banyak mengajar den erti kesetiaan dan pengorbanan dalam persahabatan.

Terkenang juga rakan-rakan masa matrik, masa di kolej dan sekuliah. Masing-masing sudah membawa diri, mengikut suami dan kerjaya... ada yang setia berhubung, dan ada juga yang terputus hubungan.. tapi sesekali, fikiran ini terlayang juga pada mereka... kat mana la budak ni duduk dan apa la cerita korang sekarang gamaknya.... Ella, Ina, Ana, Rin - rakan masa matrik dan sekarang tak tau khabar berita. Hanya Ajie dan Sheeqah yang aku hubungi semula masa outstation ke Alor Setar dan merapatkan kembali ikatan yang telah lama terjalin.

Rakan sebilik dan "jiran tetangga" semasa di Kolaj Mas - K Aziah di Penang, Ida di Kuala Kangsar, K In yang mengajar di Sabah, Sheeqah di Alor Setar n Ita di KL. Sesekali mendapat update dari mereka, seronok sungguh rasanya. Rindu pun ada, betapa dulu masa kita masih anak-anak dan tak kesah seposen pun masalah kehidupan!

Rakan seperjuangan yang sama-sama berusaha gigih untuk mendapatkan segulung ijazah - Maya dan Yati - juga bersama-sama berkongsi sebungkus maggie sebab duit JPA belum masuk!! Tapi nikmatnya maggie tu sampai sekarang aku masih ingat seh!! Mereka jugalah (and my old buddy , Teh) yang sanggup datang jauh menghadiri my wedding dan menjadi pengapitku masa tu.. Timakasih sahabat...

Rakan sebaya yang sama-sama mencapai remaja - Na, Na and Na, Nor, Emi, Nonie, and the bozzz too... Kojek, Adzly, Mamat, Tiew, Charlie.. mana la korang semua ni....

Biarpun masa dan jarak memisahkan kita, tapi ingatan masih segar pada persahabatan yang pernah kita bina dan lalui.... tak kira di mana korang berada.... den doakan korang selamat, bahagia dan sihat senantiasa.

I wish I have the pictures, but many were the "traditional pictures" and they're back home and only a few are with me - those with the era of digital pictures...


Saturday, 13-Dec-2008 09:41 Email | Share | | Bookmark
Belajar Kek Coklat

Lobi Melati Inn, dulu istana Maria Menado
Alamak, tetiba je rasa macam tembam je aku ni
Yang besar tu cikgu buat, yang kecik tu den laa
View all 12 photos...
Tak hilang lagi penat perjalanan 7 jam dari Besut ke Putrajaya, petang tu menempuh lagi perjalanan 4 jam ke Pekan... semata-mata nak pegi belajar buat dan hias kek coklat dengan kak zati http://zatidhati.fotopages.com. Kesian Pak Supir ku. Rancangan asal nak naik bas je, tapi ada pulak orang yang sayang nak tolong hantarkan.. hehehe.. tapi ada gak dibebelnya sebab pak supirnya ponek! Bebel pun bebel la sayangku, adinda terharu kekanda sudi hantar dan tunggu berjam-jam!

Macam tak caya bila nengok hasil akhirnya adalah usaha ku seharian!!







Saturday, 13-Dec-2008 08:11 Email | Share | | Bookmark
Aidiladha 2008

Abah n Khadija je.
Cian, nangis kena cubit
Tok Ma n Che Da with Khadija
View all 4 photos...
Aidiladha kali ni, beraya kat Besut.. bonda n ayahanda buat korban kat sana.. kena la anak2 balik tolong perabih daging! Heheheeee.... Penat betoi makan daging.. rendang daging, singgang daging, bakar daging... sampai bau badan pun macam lembu!


Baju raya Tok Ma sponser


Acara mengagih daging korban, tukang sibuk yang lebih!


Pembakar-pembakar daging yang bersemangat




[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net