elle's FotoPage - one day at a time

By: elle labelle

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 6-May-2009 08:05 Email | Share | | Bookmark
What's with kids and Petronas?

Dulu - Haikal, lepas tu jangkit Sofea. Sekarang Khadija pulak. It's a petrol station - for god's sake! But - it is not JUST a petrol station to moms and dads, mind you!

Pantang lalu, Sofea keep prompting - Ibu tak nak isi minyak?? Or - Minyak ibu belum habis?? The questions are in negative statement, clever her!

As for Khadija - is worse!
"Kan ibu dah janji nak beli aiskrim!"
That one girl is not a person to beat around the bush - she conveniently dig up some old promises from forgotten time and trap the poor parents for the Petronas treat!
Hahahhaaa... and ibu terpaksa la explain janji tu janji hari tuuuuuuuu.... Sekarang ibu tak janji.

Try explain time concept to a kid.


nice car - macam keta back to the future.


Wednesday, 22-Apr-2009 14:52 Email | Share | | Bookmark
Something is "brewing" in my kitchen!

Hari ni sungguh terisi sekali. Lepas hantar haikal pegi sekolah, terus ke rumah member utk buat sesi “spot soalan exam” – heheheheheee... exam jumaat dan isninl Grrrrhhh!! Kol 11 aku cabut balik. Singgah kedai jual barangan buat kek di flat hijau, beli whipping cream..

“Nak buat topping kek, kak, hari ni birthday anak saya... “

“Ko salah tu, topping kena guna fresh cream laa!”

Aiseyy.. sib baik mulut aku rajin offer cerita kt akak tokey kedai tu Ok, aku pun beli la fresh cream, bersama almond flakes, atas saranan akak tokey kedai tu..

Parking je kat rumah – alamak, teringat sesuatu... apa nk beli ni?? Takkan takde hadiah apa-apa utk birthday girl kan.. isyy, kalo dapat something mesti dia suka.. So aku reverse keta – pegi lagi kedai flat hijau... Last minit ni ala-ala desperado apa-apa pun boleh taram.. aku amik la sepasang kasut comel .. Khadija mesti suka ni.. Set, settle bab hadiah.

Balik je, aku keluarkan kek dari oven (dah bakar siap2 semalam) n start putar freash cream sampai jadi cream.. senang je rupanya (eksyen! ). Lepas dah jadi texture yang sepatutnya – mula melepa atas kek.. fuhh,, 1st time lepa freshcream atas kek – jenuh jugak nak bagi sama rata.. puas aku dok palit sana, calit sini.. takmoh gak dia licin.. Urggghh.. gasak la ko.. aku tempekkan je almond flakes kat tepi kek.. Terima kasih akak tokey kedai ! Hhhmm boleh tahan.. then aku tambahkan tulisan – Happy 4th Birthday KHADIJA... Lastly aku cuba buat border bunga – HAMPEH.. lembik toping aku terlebih air..last2 aku buat batas panjang keliling kek, di hias dgn gegula tabor warna warni, at last cantik kek utk Khadija! Bravo!




my 1st attemp in scrapbooking.. need to work on it!





Minggu nak exam ni macam-macam projek aku la.. nanti next entry aku cerita another projek in hand.. jeng jeng jeng...



Thursday, 16-Apr-2009 15:00 Email | Share | | Bookmark
Along and his Vintage Cars

 
 
 
View all 5 photos...
Along gemor bebenor keta-keta klasik ni.. doh nk buat guane, minat yang di pupuk dan dibajai sepanjang hayatnya... Hari tu ada la pertunjukkan keta-keta klasik kat Tasik Titiwangsa, so - along pun apa lagi, join sekaki le.. Den? Hehee.. den dok ghumah jer.. sungguh tak supportive la isteri terchentanya ni...

Tapi keta-keta ni memang mengancam bebeh!! Bak kata pepatah moden - tua-tua pun bergetah sehhh!





Monday, 6-Apr-2009 14:10 Email | Share | | Bookmark
Cadar patchwork

Tadaa.. atas katil ku berakhirnya
Close up.. cantik kan.. hehehe
Bila lama tak update fp - banyak pulak gambar2 dalam kamera yang belum download rupanya.. dah cerita-cerita yang mengiringi gambar-gambar tersebut...

Citer pasai menghias rumah – ni masa jalan-jalan kat Alamanda ler – berkenan pulak quilt ni.. Hmm.. kalau kat katil den mungkin tak secantik kat kedai kot – sebab katil burok je.. hehehe.. tapi hati yang dah terpaut tak mengenal katil yang burok.. (alasang!!) wakakakakakaka Nanti kalau den beli katil baru masuk entry lain pulak yek.. buat masa sekarang aku berangan je dulu..hahaha



And last - setelah mencongak2 dan mengorek2 dan mengaru2 kepala, akhirnya cadar ini telah selamat berada di katil burok ku....



Monday, 6-Apr-2009 13:35 Email | Share | | Bookmark
Pinggan Turki

Sekarang den tengah kemaruk menghias rumah... tah hapa-hapa tah.. especially tengah-tengah berjimat-cermat ni... Aduhhh..... kopak kopak..... Hari tu pegi kedai nampak la dia gantung pinggan kat dinding – dan den terus jatuh hati dengan pinggan turki yang digantungnya... bila ditanya – RM299 sebijik (er – apa penjodoh bilangan untuk pinggan yek??) Mahal bebenor!! Den surf jadi kedai turki tak berjumpa la pulakss... bila masuk kat ebay – ada la, tapi bila masuk kos shipment – melambung juga akhirnya harga pinggan tu

Anyway - sib baik budak jaga kedai tu mesra orangnya – bila den tanya boleh nangkap gambo tak – dia kata ok.. kedai tu nama dia "gulyn" kedai jual baju muslimah turki..





So – these are the pinggan turki yang den maksudkan – ada sesapa tau kat mana kedai yang jual menda2 ni kat KL (dgn harga yg berpatutan ler.. )


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net